detik demi detik

Saturday 9 March 2013

Nama Azura Dalam Islam


Azura...
Ada sinar di matamu
Lembut hatimu mesranya... sayang


Azura...
Senyummu ku terbayang
Tanpa mu ku sepi... rindu


Azura...
Kaulah sinar hidupku
Yang mengalirkan cinta
Di dalam jiwaku


Azura...
Kaulah sinar hidupku
Moga takdir menyatukan
Cinta kau dan aku
Azura...


Lirik lagu "Azura" nyanyian Jamal Abdillah yang benar-benar mencatat sejarah kehidupan saya yang bernama Azura. Kebelakangan ini saya dapati terlampau ramai pengunjung trafik mencari maksud nama hingga hari ini saya lihat adanya carian "nama Azura dalam Islam".

Nama saya diberi oleh arwah mak yang melahirkan saya pada hari arwah mak dan abah ingin ke panggung wayang untuk menonton filem Azura. Seumur hidup saya, memang ramai rakan seusia yang bernama Azura tidak kira pada zaman sekolah dan kolej. Mereka juga seperti saya, diberi nama sempena filem Azura dan ada juga yang hanya kebetulan.

Sejak zaman sekolah, ramai yang suka menyanyikan lagu ini buat saya tidak kira guru, rakan dan kini murid saya sendiri. Untung bukan, lagu ini sangat sinonim buat saya.

Baiklah, saya pernah terbaca di sebuah blog milik kak Nad yang menceritakan tentang betapa dia ingin menukar namanya menjadi nama yang lain kerana maksud nama Azura ialah "taik kering/kucing" di dalam bahasa Arab hingga bapa kak Nad berjumpa orang yang berkenaan untuk mencari erti nama "Azura" ini. Kata orang itu, memang benar dalam bahasa Arab kuno "Azura" bermaksud "taik kering" tetapi di dalam bahasa Arab moden nama "Azura" bermaksud "awan yang biru". Sedap bukan maksud nama saya.

 Sebenarnya, saya juga percaya dari kecil lagi bahawa maksud nama saya adalah "taik kering". Sebabnya, kakak saya yang sulung bersekolah di sekolah menengah agama dan dia juga mengakuinya. Namun kini, maksud sebenar sudah terungkap dan diketahui umum.

Lupa beritahu, waktu zaman kolej, seorang rakan berbangsa Cina pernah beritahu bahawa nama "Ajula" adalah nama anak kepada raja neraka yang baik hati dalam agama mereka (ini hanya pemberitahuan) mengikut kepercayaan mereka.

Bila orang puji, maka kembang semangkuklah katakan. Bagi sesiapa yang mencari maksud nama 'Azura", berilah perhargaan kepada diri anda kerana anda memiliki "awan yang biru". Saya pula bergelar "cahaya awan yang biru".


hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

18 comments :

  1. salam. sy pun same gak, siap ejek lg tu leh akak sy,, dye pnggil "azura taik kering".. hnya mmpu trsnyum.. skrng sy dh tau mksd nma Azura,, AWAN YANG BIRU♥♥♥

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Sedih bila saya pun diejek. Dan ramai yng belum tahu akan maksud sebenar azura. Semua org masih sangka bahawa azura membawa maksud tahi kering :(

    ReplyDelete
  4. Terime kasih. .. sedap hati sy bace penerangan awak.. sy selalu nk tukar name tp sekarang saye dah confidence ngan name sy.. azura.. ♥♥♥

    ReplyDelete
  5. Saya pun setuju ngn awak...cerita saya sebijik mcm awak cuma nama saya ayah saya yg letakkan...skrg saya xmalu malah bangga dgn nama ni...trima kasih..

    ReplyDelete
  6. azura..merupakan salah seorang puteri nabi Adam..memang maksudnya biru langit..perkataan inggeris 'azure' berasal daripada perkataan azura..bermaksud biru langit..
    sedih bila aku dengaq sorang ustaz ni kata maksud azura taik kering..ustaz tu tak tau sejarah kot..
    sama jugak dengan kes nama 'wati'..hanya yg buta sejarah saja kata wati=zina..

    ReplyDelete
  7. Sedih sbb selalu diejek tahi kering oleh abang sendiri...sampai skrg diorang pggil sy memeing...smpai la sy bersuami.suami pn pelik knp sy d pggil memeing...btul ke makna azura bkan tahi kering๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  8. SAya pun...... tapi sy sentiasa positif kan diri... sy sangat sukakan nama saya... betul x hati org yg bernama azura ni sangat tabah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Sy sndiri Pon yakin..sy seorang yg tabah๐Ÿ˜Š

      Delete
  9. Ooo.. Patut la kwn Chinese kat sekolah dulu panggil Ajula... Xpernah Tanya plak nape dia panggil nama tu. He he..

    ReplyDelete
  10. Ooo.. Patut la kwn Chinese kat sekolah dulu panggil Ajula... Xpernah Tanya plak nape dia panggil nama tu. He he..

    ReplyDelete
  11. Bru ptg td,ada seorng makcik,jgn biasekn dri dgn nme zura,dia ckp mksud pembohong besar..t'kjut jgk mndgr..
    Dia ckp guna la nme azura..
    Wallah huallam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...perkataan ุฒูˆุฑุง ada disebut dlm alquran maksudnya dusta

      Delete
  12. Saya lah antara azura yg paling awal wujud , kedua2 ibubapa saya adalah guru yg telah mengkaji nama2 sebelum diberi - memang sebenarnya dari segi apa bahasa pn maksud nama azura itu awan yg biru , berbangga lah dan jgn sekali2 menukar nama anda sebab itu lah nama yg Allah beri kita sejak terciptanya roh kita lagi. Jgn lah mengikut kata org yg tak berilmu yang suka mengejek2 kerana mereka itu sebenarnya adalah bodoh dan cetek akal - hidup seperti katak bawah tempurung.

    ReplyDelete
  13. Teringat waktu nak buat kad pengenalan pegawai Kat pejabat pendaftaran tu kata nama awk ni Azura maksud tahi kering.. takpe ni awk buat dlu ic nanti awk g tukar nama pastu buat ic lain... Aku ckp Kat parents aku..dorg kata jgn dgr lah..merepek๐Ÿคฃ

    ReplyDelete
  14. Saya pernah terbaca nama Azura maksud tahi kering tapi sy tak kisah sehingga skrg baru sy tahu Azura ada maksud lain.. ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  15. Saya sedang mengkaji tentang nama gelaran pasukan italy, azzuri. Rupanya berkait-kait dengan nama azura. Azzuri dalam bahasa italy bermaksud biru langit - sky blue
    . Dalam bahasa sepanyol dan portugis ia disebut azzurin. Dalam bahasa inggeris ia disebut azure. Dalam bahasa arab - al-lazurdia. Kesemuanya bermaksud biru langit atau langit biru.

    Pasukan bolasepak italy digelar azzuri kerana mereka memakai jersi berwarna biru.

    Saya masih mwngkaji, adakah azurin dalam bahasa sepanyol diambil dari perkataan arab al-lazurdia, atau sebaliknya.

    fb.me/rasidmohdnoor

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Web Analytics