detik demi detik

Saturday 23 November 2019

Dengan merendahkan orang lain tak akan membuat kamu menjadi lebih tinggi





Salam november to remember,

Posting kali ini berkisar soal akhlak, peribadi atau perangai kita itu sendiri. Dengan merendahkan orang lain tak akan menjadikan kita lebih tinggi. Sistur dalam tempoh melatih seorang budak baru mengantikan tempat lama sistur. Saya mendapat tawaran kerja di syarikat berhad dan dalam tempoh meninggalkan syarikat sdn bhd, company yang memberikan banyak kenangan, pengalaman dan pengetahuan. Selama saya melatih budak baru, saya tahu dia seorang fresh graduate perakaunan dalam ijazah sarjana muda. Bezanya dia dengan saya pertama usia lebih 10 tahun, dan saya memiliki ijazah dalam bidang business administration. Nak sebut degree sendiri dah terasa lupa. 
Why not saya memberikan semangat buat dia untuk terus memegang amanah pekerjaan yang mencabar sedang saya sendiri tidak tahu kebolehan dia hanya kerana dia baru sahaja tamat latihan industri dan terus terpilih mengantikan tempat saya. Disini saya belajar, rezeki sudah tertulis buat semua dari Allah SWT, dia berada di tempat yang tepat dan akan lebih berjaya lagi. Tugas saya adalah memberikan ilmu pekerjaan pertama buatnya yang akan pahalanya saya peroleh selagi dia mempraktikan ilmu tersebut. 
Jangan menilai seseorang hanya kerana kamu merasa diri lebih tinggi.  Semoga saya berjaya memberikan contoh terbaik buat dia dan dengan senang hati melepaskan tanggungjawab pekerjaan yang saya galas selama ini. Alhamdulillah.
hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

Tuesday 6 August 2019

First time makan kuih tradisi Terengganu


Saya bercuti ke Terengganu dapatlah merasa kuih tradisi negeri Terengganu. Sedap bukan main lagi banyak kuih manis-manis.
Tepong gomak
Ni kuih tepong gomak. Macam mochi rasa kuih, inti gula melaka dengan kelapa parut. Guna tepung pulut macam ondeh-ondeh tapi tak tahulah salut tepung apa tu, tak abis belajar lagi. Sedap oi.

Rupa inti dalam tepong gomak.

Sagumpal
Ke asam gumpal. Kuih sagumpal dalam ada inti kacang hijau sepatutnya tapi hat ni kosong sebab i tak makan kacang hijau. Kuih santan tu manis herba. Korang boleh cuba.


Lemang periuk kera

Orang jakun tak pernah makan sedap korang. Lemak betul rasa belah atas tu. Makan camtu je dah sedap. Terbaiklah lemang periuk kera ni.
Pulut kelapa ikan masin
Pepandai je, tak tahu nama sebenar kuih ni. Beli dekat Pekan Pasar Payang waktu pagi. Sedap betul bila makan dengan ikan masin.

Solok lada versi baru
Ini isi solok lada, rasa inti ikan dengan kelapa parut.
Ketupat palas
Pepagi kat pasar payang ada ketupat palas, so bawa balik Klang la makan dengan serunding.

Sum sum
Ni kuih orang panggil sum sum kan. Alah, tak tahulah.

Aneka menu pagi kat Pasar Payang. BOLEH tanya tuan kedai nama kuih mana nak rasa.



Siapa tau nama kuih tradisi Terengganu, boleh komen ya. Kita sama belajar.




hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

Tuesday 9 July 2019

KEDIAMAN RUMAH PERAKKU ATAU RUMAH SELANGORKU PART 1

 Masuk tahun ke 6 saya memohon secara online permohonan Rumah Selangorku dibawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Permohonan untuk unit rumah berharga bawah RM100,000 untuk kediaman apartment di negeri Selangor. Setakat masuk tahun ke enam ini masih dalam senarai menunggu. Ya, sudah hampir EMPAT tahun status senarai menunggu. Syarat utama Rumah Selangorku adalah untuk anak kelahiran Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun di Selangor.

Beberapa bulan lepas abah meminta kami adik-beradik mengisi borang permohonan Rumah Perakku di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak. Syarat yang dikenakan agak longgar dari Rumah Selangorku dimana perlu berusia lebih 18 tahun dan pendapatan kurang dari RM3000 sebulan. Kampung saya antara tersenarai dalam projek Rumah Perakku. Secepatnya saya mengisi permohonan Rumah Perakku. Menariknya, kediaman hanya bernilai kurang dari RM80,000 dan ia adalah kediaman teres yakni rumah setingkat. 

Sedikit bacaan saya, negeri Perak adalah negeri paling banyak unit rumah belum terjual. Paling banyak unit tidak terjual di Meru Raya. Meru Raya terletak di Ipoh, Di daerah Perak Tengah, terdapat banyak kediaman Prima dibangunkan dan masih belum habis dijual. Contohnya di Tapah.




















hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

Tuesday 11 June 2019

Salam Syawal 1440H



Tersenyum saya, hampir tiga tahun dari posting julai 2016 baru ingat email address untuk blog papan kekunci di blogspot. Pakej tak ingat password. Rezeki hari ini dapat mencoret di sini.

Tak ada ucapan lebih bermakna di bulan mulia. Salam syawal 1440H.

Dengan ingatan tulus ikhlas.

hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Web Analytics