detik demi detik

Saturday 20 August 2022

Menjadi Leader

Assalamualaikum,

Menjadi Leader.
Alhamdulillah, saya kini berjawatan Head Of Department atau singkatan akronim HOD. Tidak terfikir di ruang fikiran saya adalah HOD paperwork. Jujur untuk 10 tahun kebelakangan ini saya bekerja di dalam bidang 'account'. Alhamdulillah atas rezeki ini, dari seorang admin ke HOD. Syarikat menuju ke arah korporat, maka beberapa staf di naik jawatan menjadi leader. Sudah 1.5 tahun sebenarnya mendapat tangungjawab ini, sekitar bulan 2 tahun lepas sewaktu abah saya operation di Hospital Serdang. Waktu berlalu jua dan banyak pengalaman baru ditempoh, jujur menjadi leader itu mencabar.
HOD paperwork, HOD QC, itulah saya kini. InsyaAllah saya akan kongsi pengalaman dan strategi menjadi leader. Berhadapan dengan cabaran.
Tak mudah jadi leader, air mata tumpah janga  dikira, arahan sana sini. Kalaulah leader ini dikategorikan dalam burger maka daging burger adalah leader. Ditekan oleh roti atas dan bawah. Tanpa daging burger maka burger tiada erti. 
Rasa bersyukur, ada department sendiri. Alhamdulillah.

hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Web Analytics