detik demi detik

Wednesday 31 August 2022

Setahun zaman tiktok

Zaman berubah.

Ahad lepas saya pulang ke lampung, kebetulan singgah ke rumah opah. Rancak mak saudara saya berborak dengan kakak, tiba-tiba Cik Maria (MakCik saya) berkata "kamu lain, kamu 30an". Nak tergelak saya, cepatnya masa.
Begitu juga adanya tiktok, tak perasan dah setahun juga saya guna aplikasi tiktok, sampai jarang sudah saya menonton tv. Bulan ini sengaja saya beli channel astro yang banyak, tidak tertengok juga. Facebook sudah lama ketinggalan, dah saya masih ada facebook. Sekarang ig yang lebih digunakan kebanyakkan budak office, tiktok masih sekadar lihat.
Tahun 2022, imbas kembali tahun 2012 rancak saya membeli domain, dan kini cukup sekadar blogspot saya sangat jarang saya buka. View blogspot juga kurang tapi sekadar saya berkongsi rasa. Ruang dan peluang.
Dari tiktok juga saya belajar setiap peristiwa itu ada zaman. Kini zaman tiktok, sebelumnya instagram, sebelumnya facebook dan telah hilang friendster. Begitu juga usia kita makin bertambah setahun lagi.
Selamat hari merdeka.
hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

Saturday 20 August 2022

Menjadi Leader

Assalamualaikum,

Menjadi Leader.
Alhamdulillah, saya kini berjawatan Head Of Department atau singkatan akronim HOD. Tidak terfikir di ruang fikiran saya adalah HOD paperwork. Jujur untuk 10 tahun kebelakangan ini saya bekerja di dalam bidang 'account'. Alhamdulillah atas rezeki ini, dari seorang admin ke HOD. Syarikat menuju ke arah korporat, maka beberapa staf di naik jawatan menjadi leader. Sudah 1.5 tahun sebenarnya mendapat tangungjawab ini, sekitar bulan 2 tahun lepas sewaktu abah saya operation di Hospital Serdang. Waktu berlalu jua dan banyak pengalaman baru ditempoh, jujur menjadi leader itu mencabar.
HOD paperwork, HOD QC, itulah saya kini. InsyaAllah saya akan kongsi pengalaman dan strategi menjadi leader. Berhadapan dengan cabaran.
Tak mudah jadi leader, air mata tumpah janga  dikira, arahan sana sini. Kalaulah leader ini dikategorikan dalam burger maka daging burger adalah leader. Ditekan oleh roti atas dan bawah. Tanpa daging burger maka burger tiada erti. 
Rasa bersyukur, ada department sendiri. Alhamdulillah.

hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

Tuesday 25 August 2020

Cara Simpan Duit Selit - Selit

Tiba-tiba, 



 Sis muncul, entah kenapa today free sangat kat office, password blog cuba-cuba berjaya buka. Alhamdulillah. Tiba terfikir cara diri sendiri simpan duit selit - selit ni. Saja nak kongsi. 

Pertama Cuba Kira Kos Komitmen Tetap Dahulu 
1. Ibu Bapa 
2. Asb 
3. Tabung Haji
4. Bil 
5. Rumah 
6. Kereta 

 Lepas dah buat kiraan kasar, selalu saya akan bahagi kos pergi balik kerja secara bulanan 

 Makan RM 200 ( kerja 22 hari) 
 Petrol RM 200 ( 4 kali isi sebulan)
 Sarapan RM 70 (bajet RM3.50 sehari kerja)
 Bahagi duit makan (satu sampul raya), duit petrol (satu sampul raya) dan sarapan (satu sampul raya).

Dari situ saya boleh nampak kos pergi balik kerja saya sebulan dan penting, jangan terpakai untuk yang lain. Nak pakai guna ikut sampul ok. hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

Sunday 12 January 2020

Mira Filzah Off Market Year 2020





Assalamualaikum tahun 2020.

Alhamdulillah berada di tahun 2020. Penulis blog seperti biasa dengan hidupnya di Klang. Lama sudah saya ingin bercerita mengenai sweet heart Malaysia, Mira Filzah akhirnya hari ini tercoret juga di blog saya.
Kagum melihat latar belakang keluarganya. Sedikit perkongsian tentang keluarga Mira, ayahnya arkitek JKR, ibunya Ketua Pengawai Eksekutif sebuah institut pendidikan Risda, dari latar belakang pekerjaan ayah dan ibu mengambarkan didikan dirinya. Saya selidik juga pekerjaan adik beradik Mira, kakak Mira bekerja di Bank Negara manakala adiknya seorang arkitek. Dengar cerita Mira telah dirisik oleh seorang arkitek yang mempunyai firmanya sendiri maka moga benar Mira Filzah Off Market Year 2020. Mira sendiri ada mengeluarkan kenyataan bahawa tahun ini akan menamatkan zaman bujang, buat kata Mira lagi, kita merancang dan ini adalah perancangan kita namun Allah SWT juga menentukan. Tahniah in advance Mira, sis juga Off Market 2020 insyaAllah.
Saya juga peminatnya, mengikutinya di insta, meminati watak dan perwatakan Mira. Bagi saya Mira telah mencapai target pencapaian yang ingin dicapai. Menjadi bintang paling popular itu pencapaian, diminati ramai itu keistimewaan dan paling penting adalah berpegang menjadi wanita muslimah itu kebanggaan Islam. Sebagai wanita Islam, saya bangga melihat kejayaan Mira Filzah sebagai artis wanita paling popular di Malaysia.
Saya juga mencari asal usul keluarga Mira di Perak, baik sebelah ibu di Manjoi juga sebelah ayah di Tronoh. So saya dan Mira adalah Perak Girl dimana ibu bapa kami berasal dari negeri Perak. Perak adalah sebuah negeri yang gadisnya cantik belaka, bahasa percakapan loghat Perak itu unik tapi tak lembut. Selalu saya lihat di insta bio Mira aneka menu Perak style, cara Mira bercakap dengan Aina dengan memanggilnya KAMU itu sangat Perak style sebab KAMU adalah panggilan buat mereka yang lebih muda dan rapat dengan kita, selain itu kita tak sebut KAMU.
Mira, kekalkan personaliti kamu, kamu juga yang kata dunia dengan akhirat perlu seimbang. Pada saya, kamu sangat disayangi oleh ramai rakyat Malaysia. Moga kamu maju jaya. Moga rasa sayang saya padamu mekar. Kereta terbang yang terbayang di mata saya saat persekolahan dahulu masih khayalan. Moga impian kamu dan saya menjadi kenyataan 2020 ini.

hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

Saturday 23 November 2019

Dengan merendahkan orang lain tak akan membuat kamu menjadi lebih tinggi





Salam november to remember,

Posting kali ini berkisar soal akhlak, peribadi atau perangai kita itu sendiri. Dengan merendahkan orang lain tak akan menjadikan kita lebih tinggi. Sistur dalam tempoh melatih seorang budak baru mengantikan tempat lama sistur. Saya mendapat tawaran kerja di syarikat berhad dan dalam tempoh meninggalkan syarikat sdn bhd, company yang memberikan banyak kenangan, pengalaman dan pengetahuan. Selama saya melatih budak baru, saya tahu dia seorang fresh graduate perakaunan dalam ijazah sarjana muda. Bezanya dia dengan saya pertama usia lebih 10 tahun, dan saya memiliki ijazah dalam bidang business administration. Nak sebut degree sendiri dah terasa lupa. 
Why not saya memberikan semangat buat dia untuk terus memegang amanah pekerjaan yang mencabar sedang saya sendiri tidak tahu kebolehan dia hanya kerana dia baru sahaja tamat latihan industri dan terus terpilih mengantikan tempat saya. Disini saya belajar, rezeki sudah tertulis buat semua dari Allah SWT, dia berada di tempat yang tepat dan akan lebih berjaya lagi. Tugas saya adalah memberikan ilmu pekerjaan pertama buatnya yang akan pahalanya saya peroleh selagi dia mempraktikan ilmu tersebut. 
Jangan menilai seseorang hanya kerana kamu merasa diri lebih tinggi.  Semoga saya berjaya memberikan contoh terbaik buat dia dan dengan senang hati melepaskan tanggungjawab pekerjaan yang saya galas selama ini. Alhamdulillah.
hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

Tuesday 6 August 2019

First time makan kuih tradisi Terengganu


Saya bercuti ke Terengganu dapatlah merasa kuih tradisi negeri Terengganu. Sedap bukan main lagi banyak kuih manis-manis.
Tepong gomak
Ni kuih tepong gomak. Macam mochi rasa kuih, inti gula melaka dengan kelapa parut. Guna tepung pulut macam ondeh-ondeh tapi tak tahulah salut tepung apa tu, tak abis belajar lagi. Sedap oi.

Rupa inti dalam tepong gomak.

Sagumpal
Ke asam gumpal. Kuih sagumpal dalam ada inti kacang hijau sepatutnya tapi hat ni kosong sebab i tak makan kacang hijau. Kuih santan tu manis herba. Korang boleh cuba.


Lemang periuk kera

Orang jakun tak pernah makan sedap korang. Lemak betul rasa belah atas tu. Makan camtu je dah sedap. Terbaiklah lemang periuk kera ni.
Pulut kelapa ikan masin
Pepandai je, tak tahu nama sebenar kuih ni. Beli dekat Pekan Pasar Payang waktu pagi. Sedap betul bila makan dengan ikan masin.

Solok lada versi baru
Ini isi solok lada, rasa inti ikan dengan kelapa parut.
Ketupat palas
Pepagi kat pasar payang ada ketupat palas, so bawa balik Klang la makan dengan serunding.

Sum sum
Ni kuih orang panggil sum sum kan. Alah, tak tahulah.

Aneka menu pagi kat Pasar Payang. BOLEH tanya tuan kedai nama kuih mana nak rasa.



Siapa tau nama kuih tradisi Terengganu, boleh komen ya. Kita sama belajar.




hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

Tuesday 9 July 2019

KEDIAMAN RUMAH PERAKKU ATAU RUMAH SELANGORKU PART 1

 Masuk tahun ke 6 saya memohon secara online permohonan Rumah Selangorku dibawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Permohonan untuk unit rumah berharga bawah RM100,000 untuk kediaman apartment di negeri Selangor. Setakat masuk tahun ke enam ini masih dalam senarai menunggu. Ya, sudah hampir EMPAT tahun status senarai menunggu. Syarat utama Rumah Selangorku adalah untuk anak kelahiran Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun di Selangor.

Beberapa bulan lepas abah meminta kami adik-beradik mengisi borang permohonan Rumah Perakku di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak. Syarat yang dikenakan agak longgar dari Rumah Selangorku dimana perlu berusia lebih 18 tahun dan pendapatan kurang dari RM3000 sebulan. Kampung saya antara tersenarai dalam projek Rumah Perakku. Secepatnya saya mengisi permohonan Rumah Perakku. Menariknya, kediaman hanya bernilai kurang dari RM80,000 dan ia adalah kediaman teres yakni rumah setingkat. 

Sedikit bacaan saya, negeri Perak adalah negeri paling banyak unit rumah belum terjual. Paling banyak unit tidak terjual di Meru Raya. Meru Raya terletak di Ipoh, Di daerah Perak Tengah, terdapat banyak kediaman Prima dibangunkan dan masih belum habis dijual. Contohnya di Tapah.




















hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

Tuesday 11 June 2019

Salam Syawal 1440H



Tersenyum saya, hampir tiga tahun dari posting julai 2016 baru ingat email address untuk blog papan kekunci di blogspot. Pakej tak ingat password. Rezeki hari ini dapat mencoret di sini.

Tak ada ucapan lebih bermakna di bulan mulia. Salam syawal 1440H.

Dengan ingatan tulus ikhlas.

hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

Wednesday 27 July 2016

Dah Lama Sampai Dah Terlupa

Assalamualaikum,

Lupa email mana guna buka blog yang ini.

Lupa password EMAIL juga.

Dan sebenarnya lupa blog sendiri tup-tup nampak earning dari nuffnang.


Rezeki terpijak.

Terus godek memori alhamdulillah boleh buka dah blog ni.


hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

Thursday 12 September 2013

Ada niat tapi tak kesampaian

Biar niat selalu baik

hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Web Analytics