detik demi detik

Saturday, 23 March 2013

Final Decision

Tengahari jumaat sedang saya menikmati makan tengahari di sebuah gerai dengan lauk ikan keli sambal bersama gulai lemak pucuk ubi telefon bimbit berdering panggilan dari Severfreak mengenai payment overdue papan kekunci dot com (www.papankekunci.com) yang telah expired pada 18 Mac 2013, tak mengapa kerana saya telah membuat sebuah final decision yakni keputusan muktamad biar ia hanya sebuah tinggalan sejarah untuk dunia blog saya. Ia bagai ikan keli sambal yang selalu menjadi pilihan saya sedangkan saya tidak membesar dengan menikmati ikan keli, arwah mak saya rasanya tak pernah sekalipun masak ikan keli begitu juga saya. Sejak saya mengikut kursus khemah ibadah di ILDAS Sabak Bernam, sejak itu saya kenali ikan keli dan kini memang antara favourite kalau di kedai makan. Ikan keli cuma cerita sampingan.

Bukan senang membangunkan domain dan hosting peribadi, dua tahun saya bertahan bersamanya, entah mengapa saya beralih arah di saat banyak perkara kronik yang bermain di minda. Saya mula membangunkan papan kekunci dot com dengan hasrat yang tinggi tapi apakan daya dunia hacker juga berleluasa sampai satu tahap Serverfreak pernah memohon maaf melalui email sewaktu blog papan kekunci dot com kena hack lagi dan lagi. Mungkin ramai manusia menginginkan sebuah domain dengan nama papan kekunci, jadi saya beralah sahaja lebih baik.

Sepanjang 2012, tak ada satu pun pencapaian yang membanggakan buat papan kekunci dot com selain menang contest blogger, kalau ada pun cuma pencapaian pagerank 2, bayangkan boleh dikatakan setiap hari mesti ada email dari limit login attempts ke email block ip address para hacker, dengan masalah hilang dari carian google hingga tak berada pada page google telah menyedarkan saya juga bahawa saya bukanlah arif soal pembangunan sebuah domain. Bila lihat statistik harian yang cuma kurang dari 100 pengunjung sehari yang ramainya dari sahabat blogger terasa perlu membuat satu keputusan muktamad, pencapaian blog bersawang blogspot bersifat ilmiah saya pun mencapai lebih dari itu, ada rezeki saya akan membina sebuah domain baru dengan nama baru itupun jika azam dan tekad saya besar dalam dunia blog.

Saya memerhatikan blog Fatin Liyana seorang bakal doktor yang hanya berplatformkan blogspot, melihat kredibiliti blog Ceeramoon,  dan sesekali ke blog Syamsul Yusuf yang cuma menggunakan theme simple berwarna hitam. Inspirasi dari blog hebat menyedarkan saya bahawa semangat berblog itu jangan sekali hilang, mental mesti kuat sekuat sajak dari Antologi Anak Laut dari buku berwarna ungu yang sangat berinspirasi, sebuah sajak mengenai keberanian seorang wanita.


Aku Menjadi Lebih Berani 

Kali ini 
kau berbaju biru 
dan bajuku ungu 
sayang, hanya aku tahu 
hatimu 
tidak setulus hatiku 
yang berbaju ungu. 

Bila begini, sebilah pisau aku tidak gentar 
sepatah kata, 
bisa, aku merasa. 
Hati dan rasa mengejarku 
aku menjadi lebih berani.

Latifah Haji Shebli 
Anak Laut, 
DBP, 2000

Berbanggalah dengan diri sendiri, Jumpa saya di sini.

hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

3 comments :

  1. aisehh..tak best la camnih..

    ReplyDelete
  2. salam.
    ya sy amt sedih dg kehilangan blog itu.yakin benda a.k.a blog blh dptkan balik. sb sy pernah alami. dimana blog sy hilang terus dari arus google. serius mmg sy angin. dan seleaps itu berulang2 do godam2 sehingga penghujg tahun 2012. tpi syukur berkat kesabaran, berkat berkawan dg org pkr dlm kod2 html, otai2 punya taraf akhirnya blog sy dpt di kembalika. masa tu serius mmg dh pikir nama baru utk hosting bebyar nnti.

    sy ykin benda sy buat sb kongsi mka blog tu mmg ada , slu kata klu blog cc tak der mmg tak der rzki.Tuhan Maha Adil beberapa bulan dg blogspot akhirnya sy dt kan blog cc juga.

    berdoa dan berdoa sllu, rajin tanyer2 org2 tahu ttg bab2 ni mana tah mrka blh selesaikan. syg sb blog PK.C dah lama bertahan

    ReplyDelete
  3. takpe suri kat sini pun boleh kte jumpa

    ReplyDelete

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Web Analytics