detik demi detik

Monday, 18 March 2013

Mandi Pantai Teluk Kemang

Misi berjaya mandi Pantai Teluk Kemang,

Awal pagi lagi sudah ke Port Dickson melalui lebuhraya untuk ke Teluk Kemang, tak tahu saya bahawa Port Dickson telah di isytiharkan sebagai Bandar Tentera Darat sejak 29 september 2009, dengan melalui tol RM3.20, akhirnya kami melalui Bandar Tentera Darat sebelum berjumpa bulatan sama ada ke pantai Teluk Kemang atau Pantai Port Dickson. Apa yang kami buat, duduk bersahaja mengadap pantai, cuaca sangat terik. Baju basahan memang tersedia, kami memang tak lawa tapi melawa sakan juga, memang feminin. Lama sudah tak ke Pork Dickson rasanya cuma sekitar 10 tahun lepas sewaktu kakak saya belajar sekitar Sungai Udang, Melaka. Tak pernah juga singgah lagi selepas itu, memang agak lama.


Bila anak dara nak mandi memang agak malu-malu tapi macam biasa "akak memang tak cover cun", mandi tetap mandi juga, di tengahari pukul 12 boleh kami berendam dalam air masin, sangat masin. Wah walaupun panas terik tapi tetap menyeronokkan pengalaman itu, tak sangka saya mandi laut setelah sekian kalinya tak mandi laut kira-kira 7 tahun lepas, keluarga saya amat lama tak ke pantai untuk mandi manda, mandi sungai pun dah lama tak jejak kaki pernah sekali ikut konvoi family besar atok bermandi manda di Lata Bongsu, macam biasa kalau akak tak turun ke air si adik-adik pun malu-malu kucing, akak memang suka pada air. Sejam sahaja kami berendam, tak lama sangat kerana faktor cuaca panas dan kejar masa dan sejam juga berada dalam bilik air persalinan untuk mandi air paip semula setelah memasinkan badan, pasir sana sini usah kata memang kena sental. 


Kalau sudah mandi maka kita makan tepi pantai, oleh kerana kami ada misi untuk berjumpa abang askar maka lepaking dalam kereta sekejap sambil menunggu si jejaka idaman, sampai si jejaka kita pekena ais kacang hingga petang, memang sudah sangat petang pun kami pulang dan sampai rumah dekat pukul 8 malam.

Mana tahu kan, impian nak kahwin bawah pedang tercapai.


hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

5 comments :

  1. kawin bawah pedang?
    moga2 dipermudahkan segala urusan
    amin

    ReplyDelete
  2. buat cik azura, saya cadangkan tukar theme yg lain, x berapa menarik lah, ni hanya pandangan saya sahaja, sebab dia macam beri kesan seperti tidak mahu datang lagi selepas ini, hehehe, jgn marah yer

    ReplyDelete
  3. takpela juan kalau tak nak datang, saya memang tak ada mood bab theme ni, insyaallah nanti saya tukar

    ReplyDelete
  4. wah bukan main jdi dpt tak no hp dia heee

    ReplyDelete

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Web Analytics