detik demi detik

Tuesday 9 April 2013

Tempat Menarik Di Selangor Sungai Tekala


Kali terakhir saya menjejak kaki ke Sungai Tekala adalah waktu usia saya 14 belas tahun, waktu itu Cik Nah (merujuk kepada ibu saudara, adik perempuan abah) dan suami tinggal di Dusun Tua, Hulu Langat. Waktu itu Cik Nah baru berkahwin dan boleh kata sangat selalu saya mandi-manda di Sungai Tekala, tak perlu susah-susah salin baju, lepas mandi terus balik naik kereta sebab rumah Cik Nah dekat situ sahaja, tapi sejak Cik Nah pindah ke Tambun dah tak ke sana, sekarang Cik Nah tinggal di Taman Pinggiran Delima, Cheras tapi dah besar kala ini dah jarang sua muka adapun kalau pulang ke kampung. Memori Sungai Tekala memang aneka ragam. Cepat betul masa berlalu.
Kami ingin ke Sungai Congkak tapi ada papan tanda tanah runtuh betul-betul depan Kosortium Abbass (empangan), papan tanda diletak di tengah jalan, oleh kerana kami juga tak akan mengambil risiko air bah, patah semula ke Sungai Tekala kurang 2 kilometer sahaja, dengan bayaran RM1 untuk masuk ke hutan lipur, kami hanya pergi bertiga dan seperti biasa kami akan camping dekat dengan family orang, biar jangan nampak janggal sangat, tiga minggu lepas pun kami bertiga mandi di Pantai Telok Kemang tapi itu dengan misi tersendiri. Sebenarnya kami ingin mencabar keyakinan diri masing-masing dan penuh dengan masalah dunia. Lagikan Sungai Congkak dan Sungai Tekala juga tempat menarik di Selangor.
Dua jam berendam, kami hargai keindahan alam dan sejuknya air sungai, lama betul saya tak mandi sungai rasanya akhir sekali dengan keluarga besar atok sekitar 2009 dulu mandi dekat Lata Bongsu, dah lama tak ke Sungai Congkak kali akhir 8 tahun lepas dengan saudara mara. Sekarang mungkin kerana aktiviti riadah lebih kepada pusat membeli belah dan taman tema air sebab itu dah jarang selami indahnya alam semulajadi. Sejuknya air terjun Sungai Tekala, rasa aman damai berendam. Kami mandi dekat jeram-jeram kecil, tinggi kami daki tangga, memang berbaloi dengan keinginan.
Sesat ke Sungai Congkak pada asalnya kerana waktu masuk Tol Kajang Silk yang pertama tak terus masuk susur, dah terlepas ke Sungai Besi, akhirnya patah balik kami ke Kajang, waktu keluar tol Sungai Dukong tiba-tiba kami berada di Sungai Sikamat, saya pernah ke Sungai Sikamat waktu kawan kolej saya tinggal di situ sekejap sebelum pindah ke Putrajaya tapi saya tak dapat nak agak arah mana pekan Kajang, tanya orang yang salah berpusing mencari pekan Kajang sampai terlajak ke Batu 11 Cheras, adik stesen minyak sangat baik atas panduan si adik sampai kami ke pekan Kajang, bila lalu Tesco Kajang rasa selamat sebab pernah lalu, dari Metro Kajang jalan besar itu akan terus sahaja ke pekan Semenyih, dulu Pak Long saya duduk dekat Bukit Mewah, saya dah terbiasa dengan jalan besar pekan Kajang, sekarang kalau ke rumah Pak Long yang baru di Pekan Semenyih, memang selalu sesat saya salah jalan, kali ini sesat lagi. Sampai depan Sekolah Rendah Semenyih belok kiri hingga sampai ke Sungai Tekala.
Rasa sangat seronok bila mencabar diri sendiri dan team terbaik akan mendatangkan hasil yang baik itu puas hati, balik singgah Putrajaya untuk bersiar-siar. Esok lusa nak ke sana lagi, nak bawa adik dan Mak Long ke sana pula mandi manda, beriadah bersama keluarga lebih istimewa. Pergi dengan rakan tak semeriah pergi dengan family, lagikan tempat awam semua boleh beriadah. Tak kira budak kecil hingga pasangan usia emas semuanya nampak enjoy mandi Sungai Tekala. Yang penting kita juga rasa enjoy.

hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

1 comment :


  1. Jom melawat Muzium Warisan Melayu di UPM Serdang Selangor

    -Muzium ini ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2013 dengan tujuan khas bagi mengumpul, memulihara dan memelihara artifak melayu silam untuk didokumentasikan dan dipamerkan kepada umum dan dikaji secara mendalam oleh para penyelidik dan juga pengkaji warisan
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_warisan_melayu-4392

    Kunjungi pelbagai lokasi menarik berkaitan edu-pelancongan di UPM

    Muzium Anatomi Haiwan
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_anatomi_haiwan-4388

    Ladang Putra Dairy Farm
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/ladang_putra_dairy_farm-4385

    Galeri Serdang
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/galeri_serdang-4389

    Muzium Anatomi Manusia
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_anatomi_manusia-4387

    Kedai Putra Mart
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/kedai_putra_mart-4390

    Taman Konservatori UPM
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/taman_konservatori_upm-4381

    Pusat Ekuin UPM
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/pusat_ekuin_upm-4386

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Web Analytics