detik demi detik

Tuesday 9 July 2019

KEDIAMAN RUMAH PERAKKU ATAU RUMAH SELANGORKU PART 1

 Masuk tahun ke 6 saya memohon secara online permohonan Rumah Selangorku dibawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Permohonan untuk unit rumah berharga bawah RM100,000 untuk kediaman apartment di negeri Selangor. Setakat masuk tahun ke enam ini masih dalam senarai menunggu. Ya, sudah hampir EMPAT tahun status senarai menunggu. Syarat utama Rumah Selangorku adalah untuk anak kelahiran Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun di Selangor.

Beberapa bulan lepas abah meminta kami adik-beradik mengisi borang permohonan Rumah Perakku di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak. Syarat yang dikenakan agak longgar dari Rumah Selangorku dimana perlu berusia lebih 18 tahun dan pendapatan kurang dari RM3000 sebulan. Kampung saya antara tersenarai dalam projek Rumah Perakku. Secepatnya saya mengisi permohonan Rumah Perakku. Menariknya, kediaman hanya bernilai kurang dari RM80,000 dan ia adalah kediaman teres yakni rumah setingkat. 

Sedikit bacaan saya, negeri Perak adalah negeri paling banyak unit rumah belum terjual. Paling banyak unit tidak terjual di Meru Raya. Meru Raya terletak di Ipoh, Di daerah Perak Tengah, terdapat banyak kediaman Prima dibangunkan dan masih belum habis dijual. Contohnya di Tapah.




















hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Web Analytics