detik demi detik

Sunday 12 January 2020

Mira Filzah Off Market Year 2020





Assalamualaikum tahun 2020.

Alhamdulillah berada di tahun 2020. Penulis blog seperti biasa dengan hidupnya di Klang. Lama sudah saya ingin bercerita mengenai sweet heart Malaysia, Mira Filzah akhirnya hari ini tercoret juga di blog saya.
Kagum melihat latar belakang keluarganya. Sedikit perkongsian tentang keluarga Mira, ayahnya arkitek JKR, ibunya Ketua Pengawai Eksekutif sebuah institut pendidikan Risda, dari latar belakang pekerjaan ayah dan ibu mengambarkan didikan dirinya. Saya selidik juga pekerjaan adik beradik Mira, kakak Mira bekerja di Bank Negara manakala adiknya seorang arkitek. Dengar cerita Mira telah dirisik oleh seorang arkitek yang mempunyai firmanya sendiri maka moga benar Mira Filzah Off Market Year 2020. Mira sendiri ada mengeluarkan kenyataan bahawa tahun ini akan menamatkan zaman bujang, buat kata Mira lagi, kita merancang dan ini adalah perancangan kita namun Allah SWT juga menentukan. Tahniah in advance Mira, sis juga Off Market 2020 insyaAllah.
Saya juga peminatnya, mengikutinya di insta, meminati watak dan perwatakan Mira. Bagi saya Mira telah mencapai target pencapaian yang ingin dicapai. Menjadi bintang paling popular itu pencapaian, diminati ramai itu keistimewaan dan paling penting adalah berpegang menjadi wanita muslimah itu kebanggaan Islam. Sebagai wanita Islam, saya bangga melihat kejayaan Mira Filzah sebagai artis wanita paling popular di Malaysia.
Saya juga mencari asal usul keluarga Mira di Perak, baik sebelah ibu di Manjoi juga sebelah ayah di Tronoh. So saya dan Mira adalah Perak Girl dimana ibu bapa kami berasal dari negeri Perak. Perak adalah sebuah negeri yang gadisnya cantik belaka, bahasa percakapan loghat Perak itu unik tapi tak lembut. Selalu saya lihat di insta bio Mira aneka menu Perak style, cara Mira bercakap dengan Aina dengan memanggilnya KAMU itu sangat Perak style sebab KAMU adalah panggilan buat mereka yang lebih muda dan rapat dengan kita, selain itu kita tak sebut KAMU.
Mira, kekalkan personaliti kamu, kamu juga yang kata dunia dengan akhirat perlu seimbang. Pada saya, kamu sangat disayangi oleh ramai rakyat Malaysia. Moga kamu maju jaya. Moga rasa sayang saya padamu mekar. Kereta terbang yang terbayang di mata saya saat persekolahan dahulu masih khayalan. Moga impian kamu dan saya menjadi kenyataan 2020 ini.

hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Web Analytics