detik demi detik

Saturday, 21 December 2013

Hospital Shah Alam


Shah Alam ketika ini, sebuah bandaraya tanpa hospital.

Shah Alam telah diisytiharkan sebagai bandaraya pada 10 oktober 2000 dan semakin pesat membangun. Bandaraya Shah Alam telah pun berusia 13 tahun namun Shah Alam adalah sebuah bandaraya yang tiada hospital kerajaan, yang tumbuh melata adalah hospital swasta seperti DEMC (Darul Ehsan Medical Center) yang terletak di seksyen 11, SALAM (Shah Alam Medical Center) di seksyen 19 dan KPJ Selangor (dulu Selangor Medical Center) terletak di seksyen 20 dan banyak lagi hospital swasta.

Projek Hospital Shah Alam yang dijangka siap pada Oktober 2013 telah diubah tarikh ke Jun 2014 untuk perasmiannya atas sebab kemasukan peralatan dan proses lain. Saya tidak pernah pun rasa tak puas hati dilahirkan di hospital besar klang  walaupun ibu bapa saya tinggal di Shah Alam ketika itu, namun hingga hari ini Hospital Shah Alam masih dalam persiapan kepada umum.

Hospital Shah Alam terletak di seksyen 7 berdekatan Icity Shah Alam, jika anda ke Icity, anda boleh melihat sebuah bangunan yang tinggi berdekatan Icity itulah Hospital Shah Alam. Ia berdekatan sebuah tasik di tepi Pusat Kebudayaan Kesenian Negeri Selangor. Sebuah hospital dalam penantian penduduk Shah Alam.

Pernah dulu guru geografi saya berkata, Klang walaupun penduduknya padat dan lebih satu juta, namun ia tidak terancang dan tersusun sebab itu tidak mendapat gelaran bandaraya.


hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

Wednesday, 18 December 2013

Harga Tol Baru Lembah Klang 2014



NAMA LEBUHRAYA YANG DI NAIKAN HARGA

HARGA LAMA

HARGA 2014
1.
 Pantai
   RM1.50
   RM 2.50
2. 
 Damansara
   RM 1.00
   RM1.50
3. 
 Kiara
   RM 2.00
   RM 3.00
4.
 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
   RM 14.96c/KM
   RM16.46c/KM
5.
 Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
   RM 1.40
   RM 1.90
6. 
 Lebuhraya SMART
   RM 2.00
   RM3.00
7.
 Lebuhraya Sungai Besi BESRAYA
   RM 1.30
   RM 2.00
8.
 Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
   RM1.60
   RM 2.00
9.
 Lebuhraya Damansara/Puchong (LDP)
   RM 1.60
   RM 2.10
10. 
 Lebuhraya Bertingkat Ampang (AKLEH)
   RM 1.50
   RM 2.50
11. 
 Lebuhraya Kajang (SILK)
   RM 1.00
   RM 1.30
12.
 Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)
   RM 2.50
   RM 3.50
13.
 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
   RM 1.90
   RM 2.30
14.
 Lebuhraya Trafik KL-Barat (SPRINT)


hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

Tuesday, 17 December 2013

Bila tol pun naik

Makin berkarat taring kuasa
mencengkam erat rakyat jelata;
jikalau tol mahal dirasa,
gunakan saja jalan biasa!

Terkenang zaman Jepun menjajah
tiada sabun, gosok tuala,
dan jika beras melambung juga
makanlah ubikayu semula.

“Kami dengar, kami prihatin”
tertampal di sebanyak dinding,
usahlah susah, janganlah rungsing,
kami simbahkan sebanyak Brim!

Sumber Brim pun amatlah mudah
dikeruk dari sakumu juga.
Hutang negara merayap naik,
itulah nikmat paling baik!

Orang percaya kita berhutang,
rakyat nanti sedia bayarkan.
Dari Sabah sampai ke Perlis,
tidak usah bimbang kita muflis.

Ingatlah segala-gala ini
hingga ke pilihanraya nanti.
Fikirlah waktu membuang undi
supaya tidak tercekik lagi!



hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

Monday, 16 December 2013

Malaysia Lawan Singapura Seri 1-1 Sukan Sea 2013

Intai-intai tengok bola semalam dah separuh masa kedua, Singapura dah gol 1 time tu. Risau pulak rasanya, solat maghrib buka tv balik, alhamdulillah Rozaimi score 1 gol minit ke 90 (akhir tu).


Kalau bola down, boleh jadi Malaysia down, go Malaysia. Ong Kim Swee kena gabungkan Hazwan Bakri dengan Rozaimi kalau nak menang besar.
hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

Saturday, 14 December 2013

Aku Ada Wali

"Kekuatan drama ini sebenarnya mengenai pendirian seorang gadis dalam bertemu jodohnya.

Aku Ada Wali di Tv Alhijrah, sebuah karya Ustazah Fatimah Syarha yang menjadi novel komedi. Teringat saya pada petikan sajak dari novel Cinta High Class, namanya Syumaila yang bertanya kepada Ustazah Huda.

Puisi Air Mata Ustazahku

Qani’ah Syumaila
Dia meminta ustazah menjadi Sarah,
Mencarikan Hajar untuk suaminya.
Ustazah memintanya sesetia Ibrahim,
Tidak berusaha mencari yang kedua,
Meskipun isterinya mandul sekian lama,
Kerana…
Ustazah telah melahirkan sembilan orang anaknya,
Kondisi Sarah ternyata berbeza,

Qani’ah,
Dia meminta ustazah menjadi Aisyah,
Rela dimadukan suami,
Ustazah meminta dia sesetia Rasulullah,
Tidak rela memadukan Khadijah,
Walau dengan mengambil hamba,
Kerana…
Ustazah boleh beranak dan Aisyah tidak,
Kondisi Aisyah ternyata berbeza.

Qani’ah,
Dia meminta ustazah taatkan hasratnya,
Tidak membantah dan tidak menegah,
Agar senang masuk ke jannah,
Ustazah meminta dia hormati hak seorang Fatimah,
Suaminya Ali, diberikan dua pilihan,
Sama ada menduakan atau menceraikan,
Kerana…
Suami bukan Tuhan,
Fatimah lebih rela kehilangan,
daripada dirasuk kecemburuan,
Fatimahlah inspirasi wanita sepanjang zaman,
Kedudukannya terjamin tinggi di syurga idaman,
Kondisi ustazah sama sepertinya.

Qani’ah,
Dia meminta ustazah positif dengan poligami,
Ustazah memintanya positif dengan perceraian,
Kerana…
Dalam suasana poligami,
Ustazah yakin tidak mampu lagi menegakkan hukum Ilahi,
Sebagai seorang isteri mithali,
Perceraian itu lebih mengubatkan hati,
Meskipun ia amat berat sekali,
Mujurlah pada setiap kondisi, Islam tawarkan solusi.

Qani’ah,
Dia mengatakan ustazah lari daripada ujian,
Ustazah katakan ustazah sedang hadapi ujian yang lain,
Dia mengatakan ustazah lari daripada takdir,
Ustazah katakan ustazah sedang hadapi takdir yang lain,
Apakah ustazah tidak berhak menghindari takdir yang tidak menyenangkan?
Kepada takdir yang lebih mendekatkan diri kepada Tuhan?
Ustazah mahu mencegah diri daripada suasana emosi ini terdera,
Kepada keadaan lain yang mana emosi ini subur dibaja,
Daripada keadaan yang buruk dan susah,
Kepada keadaan yang baik dan mudah,
Ustazah bahagia dengan takdir hari ini,
Ustazah laluinya dengan senyuman dan berlapang dada,
Moga hidup kita akan datang menjadi lebih baik.
Dengan cinta Pencipta, nyahlah segala duka.
Yang ada cuma bahagia.


Karya Fatimah Syarha.

Syumaila, nama watak Siti Saleha dalam Aku Ada Wali.

hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

Harimau Muda 4 Laos 1 Sukan Sea 2013

Siapa tengok perlawanan antara Harimau Muda menentang Laos di mana Hazwan Bakri score 3 gol menentang Laos dan 1 gol hasil jaringan sendiri pertahanan Laos. Kalau ikutkan perlawanan menentang Laos nampak biasa sahaja, lebih hebat waktu menentang Brunei. Salute dekat Brunei, pemainnya ada yang bergelar "haji" di usia muda.

Saya memang suka lihat kelibat Nazmi Faiz Mansor, cara dia rampas bola sangatlah lincah, kelincahan yang sangat baik. Irfan Fazail (kapten) memang nampak hebat cuma score gol tu tinggi sangat. Mungkin boleh lebih perbaiki, teringat sukan sea 2011 di mana Irfan Fazail terhenjut-henjut atas padang pun terus pertahankan bola sepak Malaysia. Kapten Sukan Sea 2011 rasanya Baddrol Bakhtiar ketika itu.

Untuk harimau muda, kami sokong anda, semoga kita buat hatrik gak menang ibu emas sukan sea pingat emas 3 kali bertutut-turut dari 2009,2011 dan 2013.

Saya rasa Hazwan Bakri pun pernah score gol Sukan Sea 2011, dia diturunkan pada detik-detik akhir, saya rasa Rozaimi pun hebat sebagai penjaring dan semestinya skaud harimau muda hebat.

hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

Tuesday, 10 December 2013

Pilih Peta Jalan Kehidupanmu Part 1

PILIH PETA JALAN KEHIDUPAN MU (Bahagian 1)

Hidup ini adalah seperti jalan. Terdapat panjang dan pendek, jalan licin dan berbatu; laluan bengkok dan lurus. Dalam kehidupan kita, banyak jalan akan ditempuhi sebagai perjalanan kita melalui kehidupan. Terdapat jalan yang membawa kepada kehidupan sejahtera, perkahwinan, dan kerjaya. 

Terdapat juga jalan-jalan yang membawa kepada kemasyhuran dan kekayaan pada satu bahagian, atau pengasingan dan kemiskinan di bahagian yang lain. Terdapat jalan untuk kebahagiaan kerana terdapat jalan ke kesedihan, jalan ke arah kemenangan dan kegembiraan, dan jalan-jalan yang membawa kepada kekalahan dan kekecewaan.

Sama seperti mana-mana jalan, terdapat sudut, lencongan, dan persimpangan dalam kehidupan. Mungkin jalan yang paling membingungkan yang anda akan hadapi adalah persimpangan. Dengan empat jalan untuk dipilih dan dengan pengetahuan yang terhad ke mana arah tujunya, jalan yang mana anda akan ambil? Apakah jaminan bahawa kita akan memilih jalan yang betul? Anda akan memilih mana-mana jalan, atau hanya tinggal di mana anda berada: di depan persimpangan?

1-Tiada Jaminan

Anda benar-benar tidak tahu di mana jalan akan membawa anda sehingga anda memilihnya. Tiada jaminan. Ini adalah salah satu perkara yang paling penting yang anda perlu sedar tentang kehidupan. Tiada siapa yang berkata bahawa memilih untuk melakukan perkara yang betul sepanjang masa akan membawa anda kepada kebahagiaan. Mencintai seseorang dengan segenap hati tidak menjamin bahawa ia akan berbaloi.

Mendapat kemasyhuran dan kekayaan tidak menjamin kebahagiaan. Terdapat terlalu banyak hasil yang mungkin, yang anda benar-benar tidak boleh mengawal. Satu-satunya perkara yang anda boleh kawal ialah keputusan yang anda akan buat, dan bagaimana anda akan bertindak dan bertindak balas kepada situasi yang berbeza.


2-Keputusan Yang Salah Adalah Kenangan Lalu.

Sekiranya anda tahu bahawa anda telah membuat keputusan yang salah, adakah anda akan terus dengan keputusan anda? Mungkin tidak, mengapa anda akan memilih jalan tertentu apabila anda tahu ia akan membuatkan anda kehilangan? Mengapa membuat keputusan tertentu jika anda tahu dari awal-awal lagi bahawa ia adalah satu yang salah?. Ia hanya selepas anda telah membuat keputusan dan mencerminkan bahawa anda sedar keteguhannya. Jika akibat atau hasil yang baik untuk anda, maka anda telah membuat keputusan dengan betul. Jika tidak, keputusan anda adalah salah.


3-Mengambil risiko: membuat keputusan.

Sejak kehidupan menawarkan tiada jaminan dan anda tidak akan tahu bahawa keputusan anda akan jadi salah sehingga anda telah buat keputusan, maka anda juga mungkin mengambil risiko dan membuat keputusan.
Walaupun ia adalah benar bahawa satu keputusan yang salah boleh membuatkankan anda sesat, ia juga boleh jadi peluang untuk satu pengembaraan, lebih-lebih lagi ia akan membuka lebih banyak jalan. Ia semuanya tentang perspektif. Anda mempunyai pilihan antara menjadi pengembara yang sesat atau pelancong kehidupan. Tetapi berhati-hati bahawa anda tidak membuat keputusan yang tidak berdisiplin. Mengambil risiko bukannya bermaksud menjadi cuai dan bodoh. 



hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

Monday, 9 December 2013

Slot Aurora Borealis

Siapa tahu mengenai aurora borelis, satu fenomena cahaya kehijauan di garisan artik. Kalau tak kerana menonton "dengan basikal aku menjelajah" oleh Zahariz Khuzaimah, tak tahu langsung aku tentang aurora borealis, cantik. Mungkin kita tak sehebat beliau nak menjelajah, tidur tepi-tepi sungai, kayuh basikal seorang diri dan buat video sendiri. Beliau malaysianomad bukan masyarakat nomad, kalau Zahariz buat slot "dengan basikal aku menjejalah" dalam Malaysia, aku sendiri ingin tahu apakah keindahan dalam negara kita, semenanjung juga Sabah dan Sarawak.


Inilah slot aurora borealis di garisan artik oleh Zahariz Khuzaimah




Tak pernah aku terbayang bahawa cahaya mistik ini wujud rupanya, kita perlukan individu penuh tekad sepertinya untuk beritahu kita tentang dunia dan fenomenanya.


hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

Saturday, 7 December 2013

Banjir di Pantai Timur


Doakan semoga banjir di pantai timur semakin baik.

hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

Friday, 6 December 2013

Team Harimau Muda ke Sukan Sea Myanmar



Teringat 2 tahun lepas di bawah kapten Baddrol Bakhtiar, Malaysia menang hasil sepakan gol penentuan oleh kapten Harimau Muda ketika itu. Tahun ini kapten Irfan Fazail pegang pula, dan semestinya team di bawah Ong Kim Swee ini adalah team paling membanggakan, 20 orang harimau muda akan berentap di sana.


Mohd Farhan Abu Bakar,
 Mohd Izham Tarmizi Roslan, 
Muhammad Zubir Mohd Azmi,
 K. Reuben, Shahrul Mohd Saad,
 Mohd Fadhli Mohd Shas, 
Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris,
 Nazirul Naim Che Hashim, 
Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham,
 D. Kenny Pallraj,
 Mohd Irfan Fazail (Kapten),
 Muhammad Nazmi Faiz Mansor,
 Ashri Chuchu, 
Mohamad Nasir Basharuddin,
 S. Sivanesan,
 D. Saarvindran
, A. Thamil Arasu, 
Md Rozaimi Abd Rahman, 
Ahmad Hazwan Bakri
 dan Izzaq Faris Ramlan.

Seoga berjaya harimauku.
hak cipta bukan untuk dimanupulasikan
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Web Analytics