detik demi detik

Thursday 11 April 2013

Ustazah bertemu jodoh ketika umrah


 Waktu saya tingkatan 3 dan 4, Ustazah Fazidah merupakan ustazah bagi subjek Pendidikan Islam. Waktu itu ustazah sedang mengandung anak sulung, ustazah selalu bercerita soal pertemuan beliau dan suami. Ustazah menunaikan umrah bersama ibu sewaktu saya tingkatan dua. Umrah kali ini memberikan ustazah pengalaman yang sangat berbeza di tanah suci. Waktu membeli belah, ustazah bertutur dalam bahasa arab kepada penjual. Penjual itu memuji ustazah yang fasih berbahasa arab, penjual adalah orang Indonesia yang berdagang disana, kata ustazah, penjual itu hanya ingin menguji kepetahan ustazah berbahasa arab walhal sebenarnya dia tahu ustazah adalah orang serantau. Ustazah kata, bukan mudah nak susun kata-kata itu.


Paling menarik rasa lucu bila saya mengenang cerita ustazah saat umrah, ustazah solat di masjid, sewaktu sujud dan bangun dalam keadaan di antara dua sujud, katanya seperti berada di dunia yang gelap dan beliau sujud semula. Bangun dari sujud dan bertahiyyat, barulah ustazah sedar bahawa beliau telah masuk ke dalam jilbab purdah warna hitam yang di pakai orang arab di hadapannya. Ustazah saya orangnya kecil molek, memang sangat suka berjenaka. Beliau juga pernah di kejar seorang wanita arab, ustazah dan ibu lari kerana di kejar tapi kenapa perlu lari katanya. Wanita arab yang mengejar ustazah hanya ingin berkata "Jamil2", memuji busana ustazah yang cantik.



Ustazah ada berkata, orang arab ini pemurah tapi dengan cara mereka tersendiri. Tiba-tiba sahaja ada beberapa biji manisan dilontar kepada ustazah, kata ustazah, itu cara mereka. Pulang dari menunaikan umrah, ustazah menerima satu panggilan telefon dari ketua yang mengendalikan umrah yang meminang ustazah. Saat itu ustazah jadi terkedu, kata ustazah sebenarnya ketua yang mengendalikan umrah adalah orang lain tapi di ganti oleh lelaki tersebut.  Ibu bapa ustazah meminta ustazah memikirkan soal itu. Walhal hingga malam sebelum pernikahan, ustazah bertanya pada ibunya "perlukah dia berkahwin".



Bukan itu sahaja yang ustazah cerita, soal bagaimana beliau merasa ingin belajar dan berjaya, bagaimana beliau menjalani cinta selepas bernikah, bagaimana menempuh kehamilan dan berbagai ilmu. Hingga kini, ustazah masih mengajar di sekolah yang sama.



Bukan itu sahaja memori bersama ustazah, dalam keadaan hamil, ustazah membawa rombongan sekolah ke FRIM (Insititut Penyelidikan Perhutanan Malaysia) dengan membuat junggle tracking, hingga kami naik di jambatan gantung setinggi 100 meter tetap ustazah ada bersama. Tingkatan 4, ustazah dan suami membawa kami ke muzium kesenian Islam dan dengan beraninya atas pujukan kami ustazah telah melepaskan kami ke KLCC dengan menaiki train yang tutup lima saat itu dengan syarat, mesti berpengang tangan dengan kawan dan perlu berkumpul tepat pada masa. Itulah kali pertama saya menjejak kaki ke sana.



Ustazah sangat banyak bercerita dan saya rindu pada kata - kata ustazah. Kalulah boleh saya ulang, nak dengar kembali semua kenangan zaman sekolah.

hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Web Analytics