Alahai poyo, tak sangka kan saya diam, terdiam, mendiamkan diri dan diam-diam. Diam tak bererti lari dari realiti tapi sebenarnya sedang ingin merungkai segala misteri dunia yang sementara, amboi poyonya. Dalam diam cukup segala segala rumit, kronik, klimaks dan akhirnya terhenti di sini. Saya sangat stress, serius stress dan segala macam stress hanya kerana stress. Semua ini bermula dengan satu tindakan drastik yang datang tiba-tiba, sekali air bah, sekali pantai berubah.
Pelik, itu definisi team leader saya pada perlakuan saya selama ini yang dilihat dari mata kasarnya dan saya senyum sahaja. Bagi saya bukan pelik tapi tak suka ambil tahu dan jadilah diri sendiri, saya tahan dimarah walhal ditengking, bukan sebab saya berbudi bahasa tapi malas berkasar dalam berbahasa. Salah satu sebab saya begini kerana tak mahu orang ambil tahu lebih dari apa yang mereka tahu tentang saya, biar menunduk resmi padi, jangan menongkah langit biru.
Pandang kiri sudah, pandang kanan susah yang banyak adalah serba salah. Serba tak kena rasa tapi semua ini poyo, poyo sahajalah. Tadi saya beli 3 jenis asam konon nak hilangkan stress, ah saya poyo lagi tak habis mana pun asam tu, tak sakit mana pun dugaan itu. Esok jumaat penghulu segala hari, esok saya ada misi.
hak cipta bukan untuk dimanupulasikan
biarkan saja mereka
ReplyDeletesemuanya kecil sahaja bagi kita yang tak mahu membesarkan perkara remeh
tapi kalau mahu boleh jadi perkara besar juga tu
hehe
Memang femes trademark Ini Semua Poyo! ni sekarang..
ReplyDelete