Rendang untukmu anak telah selamat masuk pertandingan di Tadika Kemas, menang kalah adat bertanding. Untukmu anak, sanggup kami adik beradik bersengkang mata memasak rendang, jujur rendang bukanlah kepakaran kami tapi untukmu anak, sanggup juga menjanjikan yang terbaik, mamanya memang hebat dan boleh di gelar SuperMak sedang saya masih di ranking bawah. Rendang ini dapatlah saguhati tapi tuah mama yang ikhlas buat anak bujang hasilnya menang lucky draw hamper jajan penuh. Bukan setakat rendang, saya masak ayam masak kicap dan kuah laksa sekali harung. Hari ini merebus laksa, merebus telur dan merebus nasi impit, sambil tunggu nasi impit perut sudah amat lapar, itulah pentingnya laksa sebagai santapan pengiring. Hasil yang memuaskan, di sebalik tabir hasil masakan. Seperti tanggapan kakak saya yang sulung bahawa kami memang lambat memasak ternyata sangat benar, belum lagi lambat mengemas. Janjitemu hari ini juga saya batalkan kerana banyak kerja tak siap lagi di rumah, rakan saya sentiasa memahami.
Semalam sebelum memasak untuk pertandingan, saya servis kereta sambil menukar bateri kereta setelah hampir dua tahun bersama bateri lama. Saya tukar minyak hitam kereta, kata makenik pada saya
"kakak, kereta kakak ada liking sikit maybe kakak ada langgar lubang besar mana-mana, tapi tak apa dont worry sebab kakak tukar minyak hitam in time, tadi saya tukar minyak kakak selalu banyak ini keluar tapi minyak hitam kakak banyak ini sahaja",
so "adik nak kakak repair liking sekali ke"
"tak perlu kakak sebab kakak tukar minyak hitam in time, nanti next time pergi tukar minyak repair sekali"
oh "thank you adik"
Bulan ini saya simpan sedikit bajet untuk kereta, tanya juga dekat makenik berapa tukar timing bell dan bearing, kalau bearing sahaja maybe RM60, tapi untuk timing bell dalam RM370 sebab perlu tukar satu set. Nampaknya berjimat cermatlah saya, kurangkan beli barang remeh temeh demi merealisasikan kejayaan tukar bearing dan timing bell. Harap-harap berjaya. Singgah pasaraya membeli barang keperluan rumah dan juga diri. Saya beli clorox dan downy passion kali ini.
Kenapa clorox, untuk membasmi sekian kuman di rumah, basuh lantai, basuh bilik air semua itu akan nampak lebih bersih kalau guna clorox, clorox sangat membantu. Lebih tepat, stok clorox dan habis lama di rumah. Kenapa pula membeli downy passion kali ini, begini ceritanya, saya memerlukan sabun basuh pencuci paling wangi seperti cecair breeze warna ungu untuk membasmi bau peluh adik lelaki saya juga abah saya, kadangkala bau kilang abah saya sangat kuat jadi saya perlukan pelembut tambahan yang sangat wangi maka saya pilih pelembut dengan bau minyak wangi keluaran downy passion. Memang sengaja pilih downy passion dan saya sedang meneliti hasilnya terbaik atau lebih baik.
Bau yang wangi akan menambahkan semangat mencuci pakaian dan sikap si pemakai, bila kita wangi maka bertambahlah aura positif dalam diri, sebab itu penting untuk sentiasa wangi.
hak cipta bukan untuk dimanupulasikan
yups, mesti selalu wangi
ReplyDeleteaku suka wangi tapi tak suka ke bengkel kereta
haha