Salam november to remember,
Posting kali ini berkisar soal akhlak, peribadi atau perangai kita itu sendiri. Dengan merendahkan orang lain tak akan menjadikan kita lebih tinggi. Sistur dalam tempoh melatih seorang budak baru mengantikan tempat lama sistur. Saya mendapat tawaran kerja di syarikat berhad dan dalam tempoh meninggalkan syarikat sdn bhd, company yang memberikan banyak kenangan, pengalaman dan pengetahuan. Selama saya melatih budak baru, saya tahu dia seorang fresh graduate perakaunan dalam ijazah sarjana muda. Bezanya dia dengan saya pertama usia lebih 10 tahun, dan saya memiliki ijazah dalam bidang business administration. Nak sebut degree sendiri dah terasa lupa.
Why not saya memberikan semangat buat dia untuk terus memegang amanah pekerjaan yang mencabar sedang saya sendiri tidak tahu kebolehan dia hanya kerana dia baru sahaja tamat latihan industri dan terus terpilih mengantikan tempat saya. Disini saya belajar, rezeki sudah tertulis buat semua dari Allah SWT, dia berada di tempat yang tepat dan akan lebih berjaya lagi. Tugas saya adalah memberikan ilmu pekerjaan pertama buatnya yang akan pahalanya saya peroleh selagi dia mempraktikan ilmu tersebut.
Jangan menilai seseorang hanya kerana kamu merasa diri lebih tinggi. Semoga saya berjaya memberikan contoh terbaik buat dia dan dengan senang hati melepaskan tanggungjawab pekerjaan yang saya galas selama ini. Alhamdulillah.
hak cipta bukan untuk dimanupulasikan