detik demi detik

Thursday, 11 April 2013

Ustazah bertemu jodoh ketika umrah


 Waktu saya tingkatan 3 dan 4, Ustazah Fazidah merupakan ustazah bagi subjek Pendidikan Islam. Waktu itu ustazah sedang mengandung anak sulung, ustazah selalu bercerita soal pertemuan beliau dan suami. Ustazah menunaikan umrah bersama ibu sewaktu saya tingkatan dua. Umrah kali ini memberikan ustazah pengalaman yang sangat berbeza di tanah suci. Waktu membeli belah, ustazah bertutur dalam bahasa arab kepada penjual. Penjual itu memuji ustazah yang fasih berbahasa arab, penjual adalah orang Indonesia yang berdagang disana, kata ustazah, penjual itu hanya ingin menguji kepetahan ustazah berbahasa arab walhal sebenarnya dia tahu ustazah adalah orang serantau. Ustazah kata, bukan mudah nak susun kata-kata itu.


Paling menarik rasa lucu bila saya mengenang cerita ustazah saat umrah, ustazah solat di masjid, sewaktu sujud dan bangun dalam keadaan di antara dua sujud, katanya seperti berada di dunia yang gelap dan beliau sujud semula. Bangun dari sujud dan bertahiyyat, barulah ustazah sedar bahawa beliau telah masuk ke dalam jilbab purdah warna hitam yang di pakai orang arab di hadapannya. Ustazah saya orangnya kecil molek, memang sangat suka berjenaka. Beliau juga pernah di kejar seorang wanita arab, ustazah dan ibu lari kerana di kejar tapi kenapa perlu lari katanya. Wanita arab yang mengejar ustazah hanya ingin berkata "Jamil2", memuji busana ustazah yang cantik.



Ustazah ada berkata, orang arab ini pemurah tapi dengan cara mereka tersendiri. Tiba-tiba sahaja ada beberapa biji manisan dilontar kepada ustazah, kata ustazah, itu cara mereka. Pulang dari menunaikan umrah, ustazah menerima satu panggilan telefon dari ketua yang mengendalikan umrah yang meminang ustazah. Saat itu ustazah jadi terkedu, kata ustazah sebenarnya ketua yang mengendalikan umrah adalah orang lain tapi di ganti oleh lelaki tersebut.  Ibu bapa ustazah meminta ustazah memikirkan soal itu. Walhal hingga malam sebelum pernikahan, ustazah bertanya pada ibunya "perlukah dia berkahwin".



Bukan itu sahaja yang ustazah cerita, soal bagaimana beliau merasa ingin belajar dan berjaya, bagaimana beliau menjalani cinta selepas bernikah, bagaimana menempuh kehamilan dan berbagai ilmu. Hingga kini, ustazah masih mengajar di sekolah yang sama.



Bukan itu sahaja memori bersama ustazah, dalam keadaan hamil, ustazah membawa rombongan sekolah ke FRIM (Insititut Penyelidikan Perhutanan Malaysia) dengan membuat junggle tracking, hingga kami naik di jambatan gantung setinggi 100 meter tetap ustazah ada bersama. Tingkatan 4, ustazah dan suami membawa kami ke muzium kesenian Islam dan dengan beraninya atas pujukan kami ustazah telah melepaskan kami ke KLCC dengan menaiki train yang tutup lima saat itu dengan syarat, mesti berpengang tangan dengan kawan dan perlu berkumpul tepat pada masa. Itulah kali pertama saya menjejak kaki ke sana.



Ustazah sangat banyak bercerita dan saya rindu pada kata - kata ustazah. Kalulah boleh saya ulang, nak dengar kembali semua kenangan zaman sekolah.

hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

Cat Minyak Apple Green

Melux 777 Apple green 6638 itula code colour cat dinding saya, firstly saya dah cat separuh rumah dengan cat putih untuk nampak besar dan cerah, then memang niat saya nak cat apple green di lantai depan rumah dekat porch, well saja mencuba cat dinding satu pesak hasilnya gelap, mungkin kerana warna dinding cat purple bila bercampur cat apple green sudah jadi lebih gelap, gamam kejap, mesti kena bebel, adik saudara saya yang mengecat kata "kenapa tak beli biru", main-main lagi dah hijau rumah den, hasil cat porch memang terserlah cantik, macam gelangang badminton.


Cat luar saya guna peach code 7505, serius cute, tengah pening tengok cat minyak apple green kat dinding tak secantik kat lantai, cat minyak lambat kering, leceh pula nak hilangkan, alahai rumahku, nasib cat satu pesak, sekarang ton rumah depan tiga warna, putih, ungu dan hijau. Agak cute kan, sambil rasa pelik sendiri. Sekarang ada satu tin cat warna peach code 7505, ingat nak cat dapur sebab dapur dah penuh saya cat putih, nak selang seli dengan peach, tengoklah macam mana, menjadi atau khayalan sahaja, nak cat bilik air lagi fuyooo. Abah saya nak buat renevote bilik air pulak, dah gangu gugat cat saya, compang camping pun tak apa, asalkan meriah.

hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

Tuesday, 9 April 2013

Tempat Menarik Di Selangor Sungai Tekala


Kali terakhir saya menjejak kaki ke Sungai Tekala adalah waktu usia saya 14 belas tahun, waktu itu Cik Nah (merujuk kepada ibu saudara, adik perempuan abah) dan suami tinggal di Dusun Tua, Hulu Langat. Waktu itu Cik Nah baru berkahwin dan boleh kata sangat selalu saya mandi-manda di Sungai Tekala, tak perlu susah-susah salin baju, lepas mandi terus balik naik kereta sebab rumah Cik Nah dekat situ sahaja, tapi sejak Cik Nah pindah ke Tambun dah tak ke sana, sekarang Cik Nah tinggal di Taman Pinggiran Delima, Cheras tapi dah besar kala ini dah jarang sua muka adapun kalau pulang ke kampung. Memori Sungai Tekala memang aneka ragam. Cepat betul masa berlalu.
Kami ingin ke Sungai Congkak tapi ada papan tanda tanah runtuh betul-betul depan Kosortium Abbass (empangan), papan tanda diletak di tengah jalan, oleh kerana kami juga tak akan mengambil risiko air bah, patah semula ke Sungai Tekala kurang 2 kilometer sahaja, dengan bayaran RM1 untuk masuk ke hutan lipur, kami hanya pergi bertiga dan seperti biasa kami akan camping dekat dengan family orang, biar jangan nampak janggal sangat, tiga minggu lepas pun kami bertiga mandi di Pantai Telok Kemang tapi itu dengan misi tersendiri. Sebenarnya kami ingin mencabar keyakinan diri masing-masing dan penuh dengan masalah dunia. Lagikan Sungai Congkak dan Sungai Tekala juga tempat menarik di Selangor.
Dua jam berendam, kami hargai keindahan alam dan sejuknya air sungai, lama betul saya tak mandi sungai rasanya akhir sekali dengan keluarga besar atok sekitar 2009 dulu mandi dekat Lata Bongsu, dah lama tak ke Sungai Congkak kali akhir 8 tahun lepas dengan saudara mara. Sekarang mungkin kerana aktiviti riadah lebih kepada pusat membeli belah dan taman tema air sebab itu dah jarang selami indahnya alam semulajadi. Sejuknya air terjun Sungai Tekala, rasa aman damai berendam. Kami mandi dekat jeram-jeram kecil, tinggi kami daki tangga, memang berbaloi dengan keinginan.
Sesat ke Sungai Congkak pada asalnya kerana waktu masuk Tol Kajang Silk yang pertama tak terus masuk susur, dah terlepas ke Sungai Besi, akhirnya patah balik kami ke Kajang, waktu keluar tol Sungai Dukong tiba-tiba kami berada di Sungai Sikamat, saya pernah ke Sungai Sikamat waktu kawan kolej saya tinggal di situ sekejap sebelum pindah ke Putrajaya tapi saya tak dapat nak agak arah mana pekan Kajang, tanya orang yang salah berpusing mencari pekan Kajang sampai terlajak ke Batu 11 Cheras, adik stesen minyak sangat baik atas panduan si adik sampai kami ke pekan Kajang, bila lalu Tesco Kajang rasa selamat sebab pernah lalu, dari Metro Kajang jalan besar itu akan terus sahaja ke pekan Semenyih, dulu Pak Long saya duduk dekat Bukit Mewah, saya dah terbiasa dengan jalan besar pekan Kajang, sekarang kalau ke rumah Pak Long yang baru di Pekan Semenyih, memang selalu sesat saya salah jalan, kali ini sesat lagi. Sampai depan Sekolah Rendah Semenyih belok kiri hingga sampai ke Sungai Tekala.
Rasa sangat seronok bila mencabar diri sendiri dan team terbaik akan mendatangkan hasil yang baik itu puas hati, balik singgah Putrajaya untuk bersiar-siar. Esok lusa nak ke sana lagi, nak bawa adik dan Mak Long ke sana pula mandi manda, beriadah bersama keluarga lebih istimewa. Pergi dengan rakan tak semeriah pergi dengan family, lagikan tempat awam semua boleh beriadah. Tak kira budak kecil hingga pasangan usia emas semuanya nampak enjoy mandi Sungai Tekala. Yang penting kita juga rasa enjoy.

hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

Monday, 1 April 2013

Bukan Tak Cinta Domain Sendiri

As u all know, saya dah kembali ke blogspot kira-kira hampir sebulan akibat tidak membeli semula damain www.papankekunci.com yang saya usahakan sejak 2 tahun lalu, sekembalinya saya di blogspot bukan bermaksud kembali tanpa sejarah yang mungkin berulang, alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT yang Esa, saya masih meminati dunia domain dan hosting maka saya sedang berusaha untuk membangunkan blog terbaru saya in the making, jadi blog ini akan menjadi blog pemangkin semula dengan penulisan yang bersahaja dan celoteh dunia hari-hari saya yang telah ditakdirkan.

Apa nama domain terbaru saya, kali ini dengan nama sendiri yang lebig stail, ah konon je banyak. Semoga angan-angan Mak Enon saya menjadi kenyataaan semula. Kamu tahu saya download berkali-kali wordpress zip dan filezilla, adious amigos wah dalam cpanel dah terang lagi bersuluh ekau dok godek nak install, berhasil juga. Pada mulanya saya cari semula blog hatibatu dan fazreen tempat pertama saya dua tahun lalu belajar tentang blog tapi kosong sudah, tak apa usaha kan tangga kejayaan. 

Semoga hari anda adalah best-best belaka, saya mestilah sentiasa positif dalam hari-hari saya,.



hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Web Analytics