detik demi detik

Saturday, 21 December 2013

Hospital Shah Alam


Shah Alam ketika ini, sebuah bandaraya tanpa hospital.

Shah Alam telah diisytiharkan sebagai bandaraya pada 10 oktober 2000 dan semakin pesat membangun. Bandaraya Shah Alam telah pun berusia 13 tahun namun Shah Alam adalah sebuah bandaraya yang tiada hospital kerajaan, yang tumbuh melata adalah hospital swasta seperti DEMC (Darul Ehsan Medical Center) yang terletak di seksyen 11, SALAM (Shah Alam Medical Center) di seksyen 19 dan KPJ Selangor (dulu Selangor Medical Center) terletak di seksyen 20 dan banyak lagi hospital swasta.

Projek Hospital Shah Alam yang dijangka siap pada Oktober 2013 telah diubah tarikh ke Jun 2014 untuk perasmiannya atas sebab kemasukan peralatan dan proses lain. Saya tidak pernah pun rasa tak puas hati dilahirkan di hospital besar klang  walaupun ibu bapa saya tinggal di Shah Alam ketika itu, namun hingga hari ini Hospital Shah Alam masih dalam persiapan kepada umum.

Hospital Shah Alam terletak di seksyen 7 berdekatan Icity Shah Alam, jika anda ke Icity, anda boleh melihat sebuah bangunan yang tinggi berdekatan Icity itulah Hospital Shah Alam. Ia berdekatan sebuah tasik di tepi Pusat Kebudayaan Kesenian Negeri Selangor. Sebuah hospital dalam penantian penduduk Shah Alam.

Pernah dulu guru geografi saya berkata, Klang walaupun penduduknya padat dan lebih satu juta, namun ia tidak terancang dan tersusun sebab itu tidak mendapat gelaran bandaraya.


hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

No comments :

Post a Comment

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Web Analytics