detik demi detik

Wednesday, 20 November 2013

Kenali Si Pembohong Part 2

MENGENALI SI PEMBOHONG (sambungan)


8. Guna kata-kata sukar
Kajian menunjukkan orang yang berbohong menukar cara mereka bercakap dan pilihan kata-kata mereka. Si pembohong biasanya menggunakan kata-kata yang sukar difahami. Mereka jarang menggunakan kata ganti orang pertama dan lebih banyak menggunakan kata ganti orang ketiga.

9. Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

10. Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

11. Muka kelihatan bingung.
Si pembohong akan memikirkan tentang kesalahannya pada waktu yang sama. Hal ini akan mengganggu perhatiannya dalam percakapan tersebut.

12. Menggelabah jawab pertanyaan spontan
Seseorang yang senang berbohong, kerap kali sudah menyediakan pelbagai versi cerita dalam fikirannya sebelum bertemu dengan orang yang akan dibohongi agar semuanya berjalan sempurna. Untuk mengetahuinya,cuba anda melontarkan pertanyaan spontan yang tidak dapat dibayangkan. Orang yang berbohong selalunya akan menggelabah untuk menjawab pertanyaan seperti ini.

13. Cerita Panjang Lebar
Orang yang selalu berbohong biasanya cukup pandai mengarang cerita sehingga kadang-kala langsung tidak masuk akal. Mereka juga kerap memanjangkan cerita yang ringkas. Mereka yakin bahawa anda akan percaya dengan cerita panjang yang disampaikannya. Oleh itu waspadalah pada mereka yang suka melebarkan cerita yang pada dasarnya mudah sekali untuk disampaikan.

14. Enggan Duduk Berdekatan
Keengganan seseorang duduk berdekatan dengan anda juga boleh menjadi tanda dirinya sedang berbohong. Akibat rasa bersalah, pembohong sejati tidak suka berdekatan dengan orang dibohongi.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Bahasa badan sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Jadi kalau dapat sesuatu maklumat jangan percaya 100%. Selidik dahulu perkara tersebut sedalam-dalamnya kemudian buatlah keputusan yang terbaik sama ada mahu percaya atau tidak.


sumber: Fan Page Iron Lady


hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

No comments :

Post a Comment

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Web Analytics