detik demi detik

Tuesday, 19 November 2013

Kenali Si Pembohong Part 1


MENGENALI SI PEMBOHONG (bahagian 1)

Berbohong merupakan perilaku yang tidak baik. Tetapi, tidak dinafikan bahawa setiap dari kita pasti pernah berbohong, paling teruk pun sekali. Suka saya kongsikan panduan mengenali ‘si pembohong’ yang mahu menutup kebenaran dari anda.

1. Tidak mampu bertentang mata
Hal yang paling biasa apabila seseorang berbohong adalah dengan melihat wajah mereka. Terutama di mata. Biasanya orang yang sedang berbohong tidak mampu bertentang atau menatap mata dengan anda. Si dia juga semakin sering mengerdipkan mata.

2. Perubahan suara
Ciri-ciri pembohong boleh didengari daripada nada bicaranya, jika sedang meninggi, ertinya sebuah dusta sedang diceritakan. Selain itu lihat juga suaranya yang tegang dan rehat antara ayat yang lama.

3. Menggaru-garukan bahagian tertentu
Cara paling mudah mengesan pembohongan adalah melalui gerakan tangan. Kebanyakan pembohong tidak banyak menggerakkan tangan. Tapi ada satu yang sering mereka lakukan iaitu menggaru dibahagian tertentu.

4. Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

5. Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

6. Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong.

7. Gerakan Kaki
Ketika pembohong sedang berdiri, kaki mereka mula mengetuk ke tanah. Semasa pembohong sedang duduk, maka kemungkinan besar dia akan mengayun-ayunkan kaki mereka.

Ikuti sambungannya esok… sumber pan page Dato Maznah Wanita Ironlady



hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

No comments :

Post a Comment

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Web Analytics