detik demi detik

Wednesday, 2 October 2013

Tun Mahathir kata BR1M 3.0 tidak perlu diteruskan

Bernama

BR1M Tidak Perlu Diteruskan - Dr Mahathir
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014, dan ini sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan.
Kerajaan sebaliknya perlu mencari jalan untuk melatih golongan kurang berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan mereka, katanya kepada pemberita selepas berucap di majlis Program Bicara Petang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sini Selasa.
"Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja.
"Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi," katanya sambil menambah: "Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan."
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai cadangannya untuk Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 25 Oktober ini.
Nota: Bila Tun Mahathir kata BR1M 3.0 tidak perlu diteruskan, saya sangat sokong kerana ia bukanlah satu kaedah terbaik untuk rakyat. Bukan hanya BR1M, semua produk mahupun perkhidmatan 1Malaysia tidak patut diteruskan jika ia merugikan rakyat. Bukan apa Kedai Rakyat 1Malaysia, Perumahan Rakyat 1Malaysia, Klinik Rakyat 1Malaysia jika hari ini ia merugikan rakyat. Laporan audit negara melaporkan banyak kepincangan yakni ketirisan dalam kewangan, jangan Bantuan Rakyat 1Malaysia menambahkan lagi ketirisan bagi suatu bantuan yang tidak bermanfaat.
hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

No comments :

Post a Comment

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Web Analytics