detik demi detik

Saturday, 24 August 2013

Panduan Haji & Umrah buat Umat Islam



Semoga kita sebagai umat Islam ada niat yang terdetik untuk menunaikan Haji & Umrah. Ebook Panduan Haji Umrah adalah hasil penulisan Pensyarah Bahasa Arab dari UiTM yang membawa satu dimensi baru mengenai panduan Ibadah Haji dan Umrah di zaman melimium ini. Siapa tak nak ke sana kan, niat dihati memang nak jejakkan kaki di Masjidil Haram melihat Kaabah, kiblat bagi umat Islam sedunia, insyaAllah.

Berbalik semula kepada ebook Panduan Haji Umrah, ia adalah panduan maklumat, pengetahuan dan bimbingan buat bakal Haji dan Umrah, walaupun panduan ini tidaklah merangkumi semua aspek secara lengkap, ia tetap mengandungi pengetahuan yang berguna buat para jemaah mengenai kisah jemaah yang terdahulu, masalah yang sering difikirkan ketika menunaikan haji dan umrah dan pelbagai ilmu tip dan motivasi. Ia amat sesuai buat mereka yang inginkan lebih maklumat mengenai Panduan Haji Umrah.

Buat mereka yang menjadikan ebook ini cenderahati orang tersayang yang bakal menunaikan haji & umrah, ebook ini sedikit sebanyak membantu anda. Jika ingin memiliki boleh membeli naskhah online ini, jika ingin mendapat intipati panduan secara percuma, anda juga boleh mendapatkannya melalui email di website panduan haji dan umrah.

Semoga bermanfaat buat anda yang memerlukan.

hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

No comments :

Post a Comment

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Web Analytics