detik demi detik

Saturday, 24 August 2013

Aku ingin kurus



Tajuk yang mengemparkan hidup aku kebelakangan ini adalah takut gemuk, maka aku ingin kurus adalah jawapan buat aku. Melihat aku sekali imbas, memang aku comel orangnya muda dari usia sedangkan aku dah melewati usia 20-an. Muka comel ini aku warisi dari arwah mak aku yang comel dan kini aku dah mula perasan yang berat badan aku dah semakin tembam, berat badan yang tembam ini juga bukannya suatu yang asing kerana memang warisan. Aku tak khuatir dengan jodoh walaupun aku tembam kerana kakak-kakak aku yang comel dah menjadi contoh bahawa jodoh tak mengenal saiz badan. Seperti mereka juga yang memiliki wajah comel, begitu juga aku.


Aku timbang sebelum puasa berat aku dah cecah 5+ kilogram, oh memang tak berat mana tapi ini rekod berat badan terbaik aku, kalau capai 60 kilogram, mungkin aku dah boleh jatuh kategori gemuk. Orang mungkin tak perasan kenaikan berat badan aku sikit demi sikit. Kalau aku tanya orang, katanya tak gemuk tapi diri sendiri boleh tengok ketatnya baju-baju aku, baju kurung saiz S banyak aku bagi dekat adik sepupu yang form 1, dah banyak tak muat. Aku mula fikir macam mana nak kurus.

Aku mula ingat balik sejarah kehidupan aku ke dua tiga tahun yang lampau, eh ke belasan tahun yang lampau. Ingatan aku masih kuat aku cuma seberat 27  kilogram waktu darjah 6, masuk tingkatan 1 seberat 37 kilogram dan masuk tingkatan 2 aku seberat 48 kilogram. Seingat aku ramai suka cubit pipi aku yang chubby, comella katakan (isi bakul angkat sendiri), tapi waktu itu aku steady sahaja, sepupu aku lagi chubby, kakak-kakak aku pun chubby jadi memang aku tak kisah langsung. Nak dijadikan cerita tahun itu aku pindah rumah dari pangsapuri berdepan dengan sekolah menangah ke rumah baru tanah lot biasa yang sekolah jauh dan kena kayuh basikal, jadi berat badan aku semakin kurang dan tak menaik, maintain.


Sampai aku tingkatan 6, dah menaik ke angka 50 kilogram, masuk kolej pun boleh maintain adat jadi pelajar makan apa ada. Masuk dunia pekerjaan bermula dengan naik bas dan komuter, sekitar 2009 baru naik motor sebagai pembonceng, masuk 2010 dah pandai memandu kereta, berat aku 5+ kilogram dan tak ganjak mana sampailah aku makan kolagen rumpai laut, tak sangka hari ini aku terasa berat badan aku meningkat lagi. Memang aku tak kisah tapi mula waspada, saiz tapak kaki aku hanya saiz 5, aku takut aku tak mampu tampung kalau berat aku menaik lagi dan lagi.

Kakak aku dah mula suruh aku minum air masak sebagai air terbaik untuk sistem badan, jangan terlampau ikut nafsu makan. Aku dah mula usha tip langsing formula diet ekstrem Formula Diet Extreme - Kurangkan Berat Badan Anda Sekarang!, produk langsing EmeBeauty - Produk Kecantikan & Pelangsingan, dan jom langsing Jom Langsing. Produk dan ebook ini boleh bantu rakyat Malaysia yang perasan diri gemuk dan ia terbukti bahawa kadar obesiti di Malaysia sangat tinggi. Fast food, perisa msg, jajan, ready made, makan kat kedai semuanya berkesan untuk gemuk. Kita perlu jaga kesihatan diri, jangan manjakan diri dengan berat yang melampau, keluarkan sedikit duit untuk kesihatan anda juga.


Sekarang aku cuba k Colly dan aurawhite, aku bukan perempuan yang sangat cerdas dan sihat yang boleh cuba apa sahaja jenis petua mahupun produk. Aku bukan boleh ambil sebarang ubat mahupun makanan, kadang kadang aku alergik ubat, alergik makanan. Yang penting aku amalkan minum air masak sekerap mungkin.  Kita perlu bantu diri sendiri untuk kehidupan yang lebih baik dari segi kesihatan dan sebab itu lahir banyak produk dan panduan. Buat anda yang ingin kelihatan sedikit kurus seperti aku yang ingin kurus boleh mencuba produk di bawah dan klik link untuk penerangan lanjut:






Pesanan dari aku, kaji betul-betul produk pelangsingan mahupun panduan untuk langsing sama ada dapat di terima badan atau tidak, kalau tak sihat badan macam aku elok cegah dari ambil sebarang produk yang tak elok tah tidak tapi kalau yakin dengan keberkesanan produk dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bolehlah anda mencuba. Kadang-kadang perempuan nak kurus sanggup berhabis-habisan demi kurus tapi jangan terlampau tergesa-gesa, pelan-pelan kayuh. Jangan merepek-repek nak kurus sangat, nanti mudarat pada badan sendiri. Perempuan juga ingin cantik menewan tertawan, jadi makin laris panduan, petua dan produk untuk cantik, aku juga akui aku pun sentiasa nak cantik, biar tak lawa tapi suka melawa dan penting jangan selekeh, lelaki tak suka perempuan yang tak jaga imej. Antara pengiklanan produk cantik di jomniaga yang boleh aku iklankan: Jom sokong produk online

1. Produk anti penuaan 
Siapa nak nampak tua dari usia dan produk yang memberi input yang baik. Boleh cuba minyak kelapa dara dengan klik link di bawah:

2. Produk jerawat 
Siapa tak nak muka bersih tanpa jerawat

3. Produk jeragat/jerawat
Namanya glutaberries

Ok selamat mencuba, jika kamu nak jadi ahli jomniaga marilah mendaftar di link di bawah:

9 dari 10 rezeki datang dari perniagaan, mari kita mulakan perniagaan online dan menyokong pembelian online.
hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

1 comment :

  1. pengen banget langsing tapi takut kalau pakai suplemen takutnya bahaya :3

    ReplyDelete

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Web Analytics