detik demi detik

Saturday, 1 June 2013

Bila Johor jadi JDT

Luaskan kuasamu, Johor menang lawan Pahang secara agreget di tempat lawan. Sejak dua menjak nama Johor masyhur sebagai JDT di bawah payung TMJ. Kenapa Johor bukan Pahang, tengok sahaja Safee Sali sejak keluar Pelita Jaya telah berhijrah ke JDT, bukan ke SDE, akronim buat Selangor Darul Ehsan, Safiq Rahim yang lama bertakhta sebagai Kapten Selangor pun sudah bermastautain di sana, sekarang tampuk pemerintahan telah di pegang oleh Asraruddin Putra Omar. Nampaknya dua nama besar bola sepak Selangor yang lahir sebagai anak Selangor memasyhurkan arena bola sepak Johor. Jadi bila jika bukan Selangor, Johor pula kita sokong.

JDT menampilkan nama besar Harimau Malaya, lihat sahaja kelibat Muslim Ahmad, wah semakin unggul JDT. Nampaknya strategi TMJ (Tengku Mahkota Johor) berjaya. Harap TMS (Tengku Mahkota Selangor) yang berusia awal 22 tahun itu juga ada minatnya tersendiri. Naikkan nama Selangor, hidup merah kuning.

Berdepan Kelantan, laluan JDT sedikit sukar, mengapa tiada Apek (Khairul Fahmi Che Mat) sebagai penjaga gol JDT. Kalau Apek di pihak JDT, fuyoo hebatlah JDT. Lagikan melihat kelibat Mat Yo (NurShahrul Idlan Talaha) yang dulu mashyur di Kelantan berada dalam skuad JDT. Menunggu pertembungan akhir pula.

hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

No comments :

Post a Comment

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Web Analytics