detik demi detik

Friday, 5 April 2013

Saya malas fikir masalah negara

3 April 2013 Parlimen Bubar telah di umum oleh PM kita Dato Najib.


Umum sudah mengetahui bahawa hari ini parlimen negara Malaysia sudah bubar dengan rasminya untuk menghadapi Piliharaya kali ke 13, benar jangkaan sesetengah pihak bahawa PM kita Dato Najib akan membubarkan parlimen pada ulangtahun ke 4 sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dalam tempoh 60 hari ini akan diadakan pilihanraya di Malaysia. Hari ini kita panggil kerajaan sementara. Jom mengundi.
3 April 2013 tiba sudah
Parlimen bubar dengan mengah
Kita akan mula memangkah
Undi calon yang bertuah

Saya mengundi di Kota Anggerik, bukan sebarang nama memang namanya Dun Kota Anggerik, nama lain bagi Shah Alam adalah Kota Anggerik walaupun saya telah menukar alamat rumah pada ic, peristiwa 5 tahun lepas kali pertama saya mengundi, wanita India yang mengundi sebelum saya tertinggal ic, siapa agaknya akan mentadbir negeri Selangor Darul Ehsan ini, hari ini 3 April 2013 Parlimen bubar dengan mengah.
Hari mengundi dah dekat, saya pun tak akan lepaskan peluang dalam hak mengundi walaupun saya malas fikir masalah negara kita, yang penting hak mengundi di tangan rakyat. Saya lebih fikirkan kedatangan orang baru sempena april ini yang akan pulang berpantang di rumah ini, sudah pening saya mengecat rumah dengan harapan yang tinggi semoga kedatangan anak buah yang bakal dilahirkan dirai oleh kami dengan berbesar hati penuh kegembiraaan. Walaupun penat saya tetap tidak berhenti mengecat untuk tiga hari ini saya usahakan juga, dengan tema putih oren telah menyebabkan abah sedikit confius dengan penataan warna yang saya pilih, lastly abah akur juga katanya kalau oren pilihlah oren lembut supaya sejuk, ok abah akan saya tunaikan.
Susun atur rumah juga sudah berubah sedikit hingga bergaung jadinya apabila saya sisihkan barang setempat seketika kerana mengecat, ruang tengah saya jadikan ruang sejuk teduh untuk kakak saya berehat, saya memang suka jika lapang sahaja kerana aman dan nyaman dan sedang usaha mengemas selagi boleh, oleh kerana semua barang lama abah sayang nak buang, saya telah storkan barang lama semua asalkan nampak lapang,  bila saya cadangkan semua barang lama di buang abah tak pernah bagi, jadi saya buat mana yang boleh, kalau boleh saya nak cat rumah macam taska, saya sukakan warna terang menderang sebab itu saya cat putih supaya semakin luas mata memandang. Walaupun negara sibuk di ambang PRU 13, saya hanya memerhati dari jauh, tak akan ambil tahu lebih, mempersoalkan itu ini atau mempersendakan yang kurang.  Asalkan saya pilih Malaysia, peace to Malaysia.


hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

No comments :

Post a Comment

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Web Analytics