detik demi detik

Sunday, 31 March 2013

Takut Gemuk

Seriusly badan saya sudah naik lemak sana sini,paling ketara pipi tembam sungguh. Saya salahkan rumpai laut kolagen pure marine yang saya makan sejak tiga empat bulan yang lalu tapi rakan saya kata mungkin kerana badan nak gemuk kot. Kalau ikutkan kepada gen adik beradik memang kami berisi sana sini, paling menarik ramai kata saya semakin comel dan dua erti kata makin cantik atau makin gebu. 

 Saya sebenarnya takut gemuk juga, tadi saya terasa ingin makan ice-cream, saya beli magnum strawberry bersama marigold yougurt, licin habis. Saya beli extra sunday strawberry kalau-kalau saya perlukan ice-cream dalam badan lagi, boleh kata saya sentiasa ada selera makan. Semalam kenduri saya dapat empat cup puding caremel sudah habis dua cup, sikit lagi habis nasi daging, ayam masak merah dan rendang daging kenduri, dalam fikiran adalah makan dan makan yang sedap, dan habiskan semuanya. Saya sendiri dapat rasakan kuantiti makanan yang saya ambil melibihi kebiasaan, adakah ini kerana salah rumpai laut kolegen, bukan saya sahaja yang makan rumpai laut merasakan bezanya, rakan saya pun sama, selera makan bertambah dan kecomelan terserlah. 

 Saya mula fikir, saya juga kategori takut gemuk, tadi saya beli buah belimbing sekali, kalau saya rasa tak kenyang saya akan makan buah sebagai tambahan makanan, bukan apa Dr Harlina sendiri ada menulis dalam blognya bahawa "kepimpinan melalui teladan", amalkan makan buah dari junk food, saya jadikan buah-buahan sebagai makanan tambahan jika saya tak kenyang-kenyang lagi, lagipun saya amalkan makan rumpai laut bersama buah-buahan juga. 

 Gemuk bukan bermakna tak cantik tapi ia satu kesukaran juga, minggu lepas saya terlebih makan hingga mengah, itu bukan satu petanda yang baik untuk kesihatan. Tumit kaki mula pecah-pecah, saya dah mula lumur minyak dengan losyen dekat kaki.
 hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

No comments :

Post a Comment

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Web Analytics