detik demi detik

Friday, 29 March 2013

Kisah Kempis Perut


Orang kata limau dapat mengempiskan perut, jadi kalau boleh tiap-tiap hari nak minum air limau tapi tak kempis-kempis juga perut. Petua kedua jangan minum ais, tapi susah juga nak kurangkan ais kalau waktu dahaga sumbat sebotol, makan bersulam air pun faktor perut buncit tapi apakan daya memang tak boleh cover sebab terbiasa bersulam air. Ada petua baru, tahan nafas.

Cuba tahan nafas sambil kempiskan perut selama seminit, buat beberapa kali sehari, hasilnya memang boleh kempis sikit-sikit, cuma kena sabar sikit bab tahan nafas memang susah sebab kita perlu mengepam jantung untuk menyalurkan darah ke seluruh badan, seminit pun susah nak tahan tapi saya cuba juga. Hari pertama tahan nafas untuk kempis perut memang tak tahan, 20 saat dah mengah siap mengah malam hari mulakan operasi kempis perut, nafas mula tak teratur akhirnya semput, bila cerita dekat geng kempis perut buat tahan gelak.

Bagi yang ada komplikasi jantung atau paru-paru jangan pura-pura cuba nanti naik biru jadinya lalu haru biru. Air mati elok minum sebanyakl mungkin dan tak ada kesan sampingan, yang menyebabkan buncit itu air manis dan ais. Lagi banyak air kosong lagi elok. Kisah kempis perut tak ke situ, jom ganti puasa boleh juga kurangkan mana yang dah banyak lemak, tadi kami lihat kalendar, ramadan akan jatuh pada 10.07.2013 untuk tahun ini jika benar falaknya, lagi lebih kurang 3 bulan bulan puasa menjelma lagi. Kejap dah nak puasa balik, mac pun dah nak habis. hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

No comments :

Post a Comment

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Web Analytics